Mohd Bakke dilantik Pengerusi TM baharu

Mohd Bakke Salleh
Mohd Bakke Salleh
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tan Sri Mohd Bakke Salleh dilantik sebagai Pengerusi Telekom Malaysia Bhd (TM), berkuat kuasa 11 Mei 2020 bagi menggantikan Rosli Man.

TM berkata, Mohd Bakke merupakan tokoh korporat yang dihormati dan berpengalaman luas, amat dikenali melalui pegangannya dalam integriti dan tahap tadbir urus yang terbaik.

"Kami berharap untuk mendapat bimbingan, nasihat dan kepimpinan ketika syarikat meneruskan perjalanan transformasi dan fasa pertumbuhan seterusnya.

"Pelantikan ini akan menjamin kedudukan institusi kami sebagai pemboleh utama dalam aspirasi Negara Digital Malaysia bagi menyempurnakan janji kami ke arah menjadikan kehidupan dan perniagaan lebih menyenangkan untuk Malaysia yang lebih baik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rosli mengambil keputusan meletak jawatan sebagai Pengerusi TM selepas dilantik oleh Lembaga Pengarah TM pada Disember 2018.

"Semasa menjadi pengerusi, Rosli memainkan peranan penting dalam mengubah TM sebagai penyedia infrastruktur telekomunikasi kebangsaan atau InfraCo ke arah membangunkan infrastruktur 5G negara,” katanya lagi. - Bernama

Artikel Berkaitan: