X

Kindly register in order to view this article
!

Pastikan warga asing langgar peraturan dihantar pulang

Petugas membawa keluar warga asing di sekitar Pasar Chow Kit. - Foto Bernama
A
A

SHAH ALAM - Masyarakat bimbang jika Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak menghantar pulang warga asing yang melanggar peraturan masuk ke negara ini dan terlibat dengan sektor perniagaan.

Pakar kriminologi bebas, Datuk Shahul Hamid Abd Rahim berkata, ini kerana mereka akan meningkatkan masalah sosial dan jenayah dalam kalangan warga asing termasuk merompak selepas kehilangan mata pencarian.

"Berdasarkan kenyataan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nur Hisham A Dahlan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menguatkuasakan Undang-Undang Kecil (UUK) sedia ada bagi memastikan tiada warga asing terbabit dalam industri perniagaan khususnya sektor penjajaan seperti mana yang diperuntukkan menerusi peraturan berkenaan.

"Saya harap Jabatan Imigresen Malaysia dapat menggunakan seluruh kekuatan yang ada bagi memastikan warga asing yang melanggar peraturan pas masuk ke negara ini dengan menjalankan perniagaan di hantar pulang bagi mengelakkan bertambah masalah sosial dan jenayah," katanya kepada Sinar Harian.

ARTIKEL BERKAITAN: DBKL tegas pastikan tiada warga asing berniaga

Beliau turut mencadangkan, pasukan keselamatan khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam operasi tersebut mencapai matlamat yang diinginkan.

"Operasi bersepadu melibatkan imigresen, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis. Tetapi kali ini kita turut libatkan tentera.

"Ramai warga asing yang berniaga di ibu kota atau di bandar utama negara ini. Jadi kita menggunakan segala kekuatan yang ada bagi memastikan tidak ada lagi warga asing yang menjadi peniaga atau penjaja," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!