Terkejut ada mangkuk dalam bungkusan nasi

Mangkuk yang termasuk ke dalam nasi berkenaan
Mangkuk yang termasuk ke dalam nasi berkenaan
A
A
A

SUBANG JAYA - Seorang lelaki terkejut apabila mendapati bungkusan nasi yang dibelinya mengandungi mangkuk plastik.

Muhammad Afiq Azizi, 24, turut berkongsi gambar nasi bungkusan nasi bersama mangkuk itu di Twitternya dengan kenyataan, "Jarang orang hiburkan aku masa berbuka. Aku gelak non-stop sebab terkejut. Ni memang ada atau free gitf?" tulisnya.

Menurut Muhammad Afiq, penjual nasi berkenaan membalas emoji 'ketawa' apabila beliau menghantar foto berkenaan menerusi WhatsApp dan tidak memintanya memulangkan mangkuk berkenaan.

"Penjual itu memaklumkan pekerjanya tersilap memasukkan mangkuk berwarna merah jambu itu ke dalam bungkusan makanan kerana pesanan terlalu banyak dan kelam kabut," jelasnya.

Ciapan Afiq pada Twitternya
Ciapan Afiq pada Twitternya

Ciapan berkenaan mendapat perhatian netizen yang turut terhibur dengan insiden tersebut.

"Haha penat puasa, pesanan pula banyak," komen Niar.

"Haha ni terus nak hidangkan ke macam mana ni," komen pula Sunny.

Artikel Berkaitan:

Ciapan tersebut mendapat 10,600 tanda suka dan 12,900 ulang kicau dalam masa empat jam.