Pogba, lupakanlah gaji lumayan: Paratici

Paul Pogba
Paul Pogba
A
A
A

Bintang Manchester United, Paul Pogba sudah boleh melupakan angan-angan besar menerima gaji lumayan sekiranya dia membuat keputusan kembali ke pangkuan Juventus.

Ketua Pegawai Bola Sepak Juventus, Fabio Paratici mengakui kelab gergasi Itali itu tidak mampu berbelanja besar pada musim panas nanti sambil memberi amaran supaya Pogba tidak mengharapkan gaji mahal.

"Paul Pogba ialah pemain yang cukup hebat, kami mengenalinya sebagai juara. Tetapi sesuatu pasti berubah selepas krisis koronavirus (Covid-19) kerana secara logik permintaan gaji tinggi pada tahap ini lebih sukar ditunaikan.

"Kami mengalami situasi yang rumit di seluruh dunia. Kami perlu bergantung kepada pertukaran pemain, pinjaman jangka masa panjang. Sekiranya anda tidak dapat membeli rumah maka anda perlu menyewa. Perkara yang sama akan berlaku dalam bola sepak.

"Jika kita bercakap soal 10 atau 20 pasukan teratas di dunia yang kerap bertukar pemain, nilai pasaran tidak akan turun. Sebaliknya, mereka akan menikmati gaji yang lebih rendah tetapi jika anda menjual pemain, nilainya akan turun," katanya kepada Sky Sport Italia.

Ketika menyarung jersi Juventus, Pogba berjaya menjulang empat trofi Serie A, dua dalam Coppa Itali dan Supercoppa Itali selain mara ke final Liga Juara-Juara pada musim 2014/2015.

Artikel Berkaitan: