'Dah pukul, halau, tapi ALLAH masih beri iman'

Ibu Haneesya
A
A

IBU kepada juara Dewi Remaja 2018/2019, Nor Sakuraneeda, memuatnaik status panjang lebar di laman sosial berhubung kontroversi panas anaknya, Haneesya Hanee.

Sebelum ini Haneesya didakwa berparti di sebuah kelab malam sambil menikmati minuman keras beberapa hari sebelum ditabal menjadi juara Dewi Remaja musim baharu.

Meskipun situasi tersebut ibarat menconteng arang ke muka ibunya, namun Sakuraneeda tetap memaafkan anaknya dan berharap perkara seumpama itu tidak berulang serta dijadikan pengajaran.

"Tadi sudah kena pukul dan halau anakku dari hidup aku, tapi ALLAH masih beri aku iman dan kesabaran.

"SHE STILL NEED ME!! Its okay lah mistake happen and hope u will learn your lesson," kata ibu Haneesya di Facebook miliknya.

Dalam perkongsian sama, Sakuraneeda mengakui sebelum ini dia mengawal ketat pergerakkan anaknya kerana bimbang perkara yang tidak diingini berlaku seperti hari ini.

"Mommy control dulu supaya tak jadi huru hara macam sekarang!! Tak apa selagi mommy hidup mommy akan terus guide you.

"Semoga kesilapan ini jadikan you lebih berhati-hati dalam hidup.

"Terima kasih ALLAH menegur kesalahan anakku pada peringkat awal. Moga Kau permudahkan ujian pada anak aku amin," katanya lagi.

Sakuraneeda turut memberitahu, tindakannya mengawal ketat pergerakkan Haneesya sebelum ini mendapat reaksi pelbagai daripada orang sekeliling.

"Dulu aku ke hulu ke hilir teman dia, sampai ada kata aku mak yang control anak sangat, mak kejam.

"Jadi bila Haneesya semakin dewasa aku mula longgarkan penjagaan so that dia tak terasa tertekan dan dapat rasa nikmat as remaja.

"Tapi bila kita loose dan bagi sepenuh kepercayaan anak mula cultural shock berkawan," ujarnya.

Pun begitu, ibu Haneesya tidak menunding jari, cuma memaklumkan tidak semua orang boleh dijadikan kawan.

"Bukan salahkan kawan tapi sekadar nasihat. Bukan semua orang boleh jadikan kawan, kawan lah dengan orang yang mampu memberi manafaat dan kebaikan.

"Jangan sampai mudah terpengaruh! Bila kita lalai dan terlebih seronok akan lupa diri!," akhirinya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia