X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

"Lepas buka PPE inilah hasilnya, boleh perah buat sup"

Perkongsian Midie di Twitternya
A
A

SEREMBAN- Perkongsian salah seorang petugas barisan hadapan menunjukkan ketebalan lapisan sut Peralatan Perlindungan Diri (PPE) yang harus dipakai sepanjang bertugas mendapat perhatian netizen.

Perkongsian itu dibuat dalam satu video yang diciap di Twitter atas nama akaun Midie dan setakat ini mendapat 36,100 tontonan.

“Saja nak kongsi pengalaman jadi petugas barisan hadapan di Seremban. Lagi-lagi bulan puasa ni, memang mencabar.

“Saya bagi video 'time lapse' korang (kamu semua) tengok lah ya,” tulisnya.

Menurutnya, betapa panasnya ketika berada di dalam sut yang tebal itu.

“Berapa lapis kami pakai PPE tu, memang panas 'lit lit' (panas sangat),” tambahnya lagi.

Dalam ciapan yang sama, dia menghantar beberapa foto keadaan dia dan rakan setugasnya selepas membuka sut berkenaan.

Foto tersebut memperlihatkan keadaan pakaian mereka yang basah kuyup kerana berpeluh akibat memakai sut PPE tersebut.

“Lepas habis kerja kami buka PPE dan inilah hasilnya. Boleh perah buat sup peluh,” jelasnya.

Ciapan itu mendapat perhatian netizen yang berterima kasih atas usaha keras mereka membantu negara ‘mematahkan’ serangan wabak pandemik koronavirus (Covid-19) ini.

“Terima kasih superhero,” komen Faizal Nazmi.

“Terima kasih petugas barisan hadapan atas pengorbanan anda. Semoga ALLAH membalas jasa anda semua,” komen Irah.

Setakat ini ciapan tersebut mendapat 1,700 tanda suka dan 1,300 ulang kicau.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!