'Abam askar nyanyi lagu raya, tak dapat balik kampung'

Hantaran Amirul pada Facebook miliknya
Hantaran Amirul pada Facebook miliknya
A
A
A

SHAH ALAM- Gelagat dua lelaki dipercayai anggota tentera menyanyikan lagu raya Ku Pohon Restu Ayah Bonda secara berduet dalam satu video menjadi tular di media sosial dan rata-rata netizen menyukai nyanyian mereka.

Video berdurasi 54 saat itu dimuat naik menerusi Facebook Amirul Haziqrullah dan ramai netizen memuji suara dan nyanyian mereka itu.

“Disebabkan Covid-19, sekali lagi beraya dengan baju celoreng. Belum raya dah dengar lagu raya jadi tidak salah kita cuba,” menurut kapsyen video tersebut.

Dalam hantaran itu, Amirul Haziqrullah juga berpesan kepada orang ramai supaya menjaga keselamatan diri.

“Kepada yang berada di luar sana jaga keselamatan, raya tu raya juga puasa jangan tak penuh,” ujarnya lagi.

Setakat ini video tersebut mendapat 6,500 tanda suka, 4,200 perkongsian semula dan 63 komen daripada netizen yang nampaknya berkongsi kesayuan hati kerana bakal beraya di perantauan.

“Sedapnya suaramu,” komen Roseana Eming.

“Tenang je, walaupun tak dapat pulang beraya,” komen pula Nurul Jannah.

Artikel Berkaitan: