Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis ke-77 dibatalkan

Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail - Foto Bernama
Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail - Foto Bernama
A
A
A

KANGAR - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah Sambutan Ulang Tahun Keputeraan baginda ke-77 yang akan diadakan pada 17 Julai ini dibatalkan.

Kerajaan Perlis menerusi satu kenyataan di laman web rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Perlis memaklumkan pembatalan itu sebagai mengambil kira penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang serius serta usaha-usaha kerajaan untuk menangani dan mengatasinya.

Kenyataan itu menyebut baginda juga menitahkan peruntukan bagi mengadakan perayaan hari keputeraan itu digunakan untuk keperluan yang lebih memberi manfaat kepada rakyat Perlis.- Bernama

Artikel Berkaitan: