Itali dijangka ikut jejak Perancis, Belanda

Saingan Serie A turut terkesan akibat pandemik Covid-19.
Saingan Serie A turut terkesan akibat pandemik Covid-19.
A
A
A

MENTERI Sukan Itali, Vincenzo Spadafora memberi amaran Itali mungkin akan mengikut jejak Perancis dan Belanda untuk menamatkan saingan bola sepak dan acara sukan tahun ini ekoran Covid-19.

“Saya lihat laluan semakin sempit untuk meneruskan saingan. Jika saya presiden kelab bola sepak, saya pasti akan memikirkan untuk kembali memulakan saingan yang sepatutnya bermula penghujung Ogos.

“Keputusan diambil negara lain seperti Perancis boleh memberi tekanan buat Itali untuk mengikutnya. Ia mungkin juga menjadi ikutan di Eropah. Saya rasa mesyuarat Serie A seterusnya mungkin akan menghadirkan kejutan,” kata Spadafora kepada televisyen Itali, channel La 7.

Presiden Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC), Gabriele Gravina pula memberi amaran dia 'tidak akan menandatangani sebarang usaha menamatkan saingan' yang akan menjadi 'kematian buat bola sepak Itali'.

“Masa memihak kami," kata Gravina yang menganggarkan FIGC bakal kerugian 800 juta euro (RM3.7 bilion) jika saingan musim ini dibatalkan.

Artikel Berkaitan: