FIFA usul cadangan lima pemain gantian

No Image Caption
A
A
A

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah mengusulkan cadangan untuk membenarkan lima pemain gantian dalam setiap perlawanan apabila saingan liga kembali bersambung bagi tujuan membantu pemain kekal cergas apabila terpaksa berdepan jadual padat.

Menurut jurucakap FIFA, badan induk bola sepak dunia itu sudah menghantar cadangan berkenaan kepada Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) bagi mendapatkan kelulusan sebelum ia boleh dilaksanakan dalam semua saingan liga.

"Keselamatan pemain adalah salah satu keutamaan FIFA. Salah satu kebimbangan kami adalah risiko kecederaan yang bakal dihadapi pemain jika mengharungi perlawanan yang banyak," katanya.

Jika diluluskan IFAB, setiap pasukan boleh membuat lima pertukaran pemain dalam tempoh sebenar perlawanan dan ditambah dengan penggantian untuk pemain keenam ketika masa tambahan.

IFAB perlu segera menilai cadangan FIFA itu memandangkan ada saingan liga yang dijangka bermula bulan depan selepas terpaksa ditangguhkan ekoran pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan: