Najib 'tercari-cari' kaunter tuntutan duit minyak PH...

Najib Tun Razak. - Foto Sharifudin Abdul Rahim
Najib Tun Razak. - Foto Sharifudin Abdul Rahim
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Di sebalik jadual kempen yang padat, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ingin memanfaatkan kehadirannya di sini untuk mencari kaunter penebusan wang petrol PH.

Terkenal dengan sikap suka 'membahan' lawannya, Ahli Parlimen Pekan itu berharap boleh meminta duit tambang daripada PH.

"Mereka nampaknya lebih berduit, sepanduk lebih banyak daripada BN. Saya pun tercari-cari kaunter 'claim' duit minyak di mana.

"Saya nak cari dalam sehari dua di sini, saya nak 'claim' duit tambang sedikitlah daripada PH," katanya kepada media selepas sesi ramah mesra bersama penduduk Kampung Raja, di sini, hari ini. Turut hadir, calon BN, Ramli Mohd Nor.

Sebelum ini, kempen PRK Cameron Highlands dicemari kontroversi pengagihan wang oleh seorang wanita berbaju PH kepada sukarelawannya.

PH menegaskan wang diagihkan dalam gambar tular di media sosial itu merupakan pembayaran balik penampungan kos petrol kepada sukarelawan-sukarelawan mereka.

Mengulas mengenai calon BN, Najib berkata, Ramli merupakan tokoh paling sesuai mewakili penduduk di sini.

"Saya harap Ramli akan muncul sebagai lambang kebanggaan masyarakat Orang Asli dan Cameron Highlands keseluruhannya.

Artikel Berkaitan:

"Kalau cinta kepada orang tempatan yang boleh kita ketengahkan di Parlimen, maka Ramli calon paling tepat dan sesuai," katanya.