Amalan sumbang juadah sahur, buka puasa diteruskan

Pengurus Bahagian Pembangunan Yayasan Wilayah Persekutuan, Firdaus Kamal hadir untuk memberikan sumbangan pek makanan berbuka puasa kepada kakitangan Sinar Harian di Shah Alam semalam.
Pengurus Bahagian Pembangunan Yayasan Wilayah Persekutuan, Firdaus Kamal hadir untuk memberikan sumbangan pek makanan berbuka puasa kepada kakitangan Sinar Harian di Shah Alam semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Program i-HYA Ramadan membolehkan orang ramai, syarikat korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) meneruskan amalan menyumbang juadah sahur atau berbuka puasa sepanjang Ramadan.

Memetik kenyataan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), sumbangan itu boleh digunakan kepada mereka yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kenyataan menyebut, penyumbang boleh mendapatkan pelepasan cukai bagi program i-HYA Ramadan yang dilancarkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa pada 22 April lalu.

"Peserta boleh merujuk http://www.yayasanwp.org.my dan sumbangan boleh dilakukan secara transaksi wang tunai atau pakej makanan dengan minimum sumbangan serendah RM2.

"Bagi sumbangan pakej makanan, tempahan mestilah dibuat tiga hari sebelum tarikh penghantaran. Sebanyak tujuh pembekal makanan yang telah disaring YWP disediakan bagi program ini," memetik kenyataan itu.

Kenyataan menyebut, terdapat enam kategori penerima sumbangan di bawah i-HYA Ramadan antaranya sekolah tahfiz Wilayah Persekutuan, pusat gelandangan, rumah anak yatim dan asnaf serta lain-lain.

"Penyumbang juga boleh menetapkan sendiri penerima sumbangan, namun terhad bagi kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja yang proses tempahan dan penghantaran akan diuruskan oleh YWP," katanya.

Artikel Berkaitan: