X

Kindly register in order to view this article
!

Petugas hadapan kepenatan

Hantaran Nurul Nadirah pada Facebooknya.
A
A

SHAH ALAM - Petugas hadapan berkongsi cerita mengenai kepenatan memerangi koronavirus (Covid-19) di bulan Ramadan ini apabila terpaksa membuat saringan melibatkan 400 orang dalam tempoh enam jam tanpa henti.

Hantaran Nurul Nadirah di Facebooknya memaparkan dirinya dan beberapa petugas lain sedang duduk bersandar keletihan setelah merawat sejumlah besar pesakit meruntun hati netizen.

“Menerima kemasukan lebih kurang 20 bas membawa dalam 400 orang pelajar dari Cairo (Kaherah). Kemasukan enam jam tanpa henti,” tulisnya.

Nurul juga pada hantaran yang sama turut menceritakan keadaan dia dan rakan setugasnya menghadapi hari berkenaan.

“Badan makin lemah, ada yang dah muntah, ada yang hampir pitam, ada badan mula menggigil. Bukan mudah hendak melalui perjalanan ini.

“Aku pun dah lemah di celah mesin fotostat,” keluhnya.

Hantaran berkenaan turut mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen yang turut mendoakan para petugas barisan hadapan berkenaan terus kuat dan cekal dalam ujian tersebut.

“Kekal kuat, saya sentiasa doakan yang terbaik untuk awak dan petugas barisan hadapan,” komen Atikah Ghani.

: Dugaan di awal Ramadhan yg perlu ditempuhi untuk negara Awal pagi semua bertenaga, beralih petang sorang demi...

Posted by Nurul Nadirah on Friday, April 24, 2020


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!