Empat kampung Pekan terima bantuan

Tengku Shah Rizal (kiri) menyampaikan sumbangan ikan segar dan barangan keperluan harian kepada salah seorang penerima.
Tengku Shah Rizal (kiri) menyampaikan sumbangan ikan segar dan barangan keperluan harian kepada salah seorang penerima.
A
A
A

PEKAN- Lebih 50 keluarga membabitkan empat kampung di pedalaman daerah Pekan menerima bantuan ikan segar dan barangan keperluan harian susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 12 Mei depan.

Bantuan disumbangkan oleh Tengku Shah Resources,Tengku Shah Rizal Tengku Datuk Jamaluddin bersama anggota Rejimen 505 Askar Wataniah, Sungai Miang di beberapa kampung termasuk Merchong, Nenasi, Kampung Parit dan Sungai Miang di sini.

Tengku Shah Rizal berkata, sumbangan dilakukan selepas menerima maklumat ada penduduk daif dan ibu tunggal terbabit terputus bekalan makanan.

"Jadi, kita kenal pasti keluarga yang tercicir selain memberi peluang untuk kami menyumbang dalam situasi yang memerlukan ini.

"Tambahan pula, PKP diteruskan ketika Ramadan menyukarkan penduduk mendapatkan keperluan mereka," katanya selepas menyampaikan sumbangan itu di Merchong hari ini.

Menurutnya, usaha itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada golongan yang memerlukan tercicir daripada menerima bantuan.

Tengku Shah Rizal berkata, kebanyakan penerima ialah mereka yang bekerja sendiri dan tidak dapat mencari rezeki sepanjang PKP.

Artikel Berkaitan:

Tengku Shah Rizal (tengah) menyalurkan sumbang kepada penduduk pendalaman di empat kampung di daerah Pekan.
Tengku Shah Rizal (tengah) menyalurkan sumbang kepada penduduk pendalaman di empat kampung di daerah Pekan.