Penunggang motosikal maut pulang dari tempat kerja

Motosikal ditunggang mangsa terbabas sebelum masuk ke dalam parit dalam kejadian di KM 46.5 Jalan Klang-Teluk Intan di sini hari ini.
Motosikal ditunggang mangsa terbabas sebelum masuk ke dalam parit dalam kejadian di KM 46.5 Jalan Klang-Teluk Intan di sini hari ini.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seorang pekerja kilang makanan sejuk beku maut dalam kemalangan di Kilometer (KM) 46.5 Jalan Klang-Teluk Intan ketika pulang dari tempat kerjanya hari ini.

Dalam kejadian pada jam 8.05 pagi itu, mangsa, Zaki Darlis, 21, yang beralamat di Bukit Rotan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ramli Kasa berkata, mangsa yang dipercayai dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Bagan Tengkorak menuju ke rumahnya.

"Ketika tiba di tempat kejadian iaitu dari arah Teluk Intan menghala ke Kuala Selangor, motosikal mangsa dipercayai terbabas sebelum masuk ke dalam parit," katanya.

Ramli berkata, akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah di kepala dan meninggal dunia.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: