Sabtu menang PRN, Selasa ADUN dah turun padang pantau banjir

Tuminah pantau situasi lokasi dinaiki air bawah DUN Pantai Kundor pada Selasa. Foto: FB Tuminah Kadi.
Tuminah pantau situasi lokasi dinaiki air bawah DUN Pantai Kundor pada Selasa. Foto: FB Tuminah Kadi.
A
A
A

MELAKA - Belum pun seminggu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang baharu diberi mandat sudah mula turun padang meninjau situasi banjir kilat di kawasan masing-masing.

Antara yang dilihat turun padang ialah ADUN Pantai Kundor, Datuk Tuminah Kadi; ADUN Sungai Udang, Datuk Rais Yasin; ADUN Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan dan ADUN Klebang, Datuk Lim Ban Hong.

Ia susulan hujan lebat berterusan menyebabkan beberapa kawasan di Melaka dilanda banjir kilat dan ada antaranya dinaiki air.

Ban Hong tinjau situasi banjir di Taman Rambai Indah. Foto: FB Lim Ban Hong.
Ban Hong tinjau situasi banjir di Taman Rambai Indah. Foto: FB Lim Ban Hong.

Sementara itu Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan memaklumkan seramai 77 mangsa daripada 20 keluarga terjejas akibat kejadian banjir di daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Menurutnya, dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah.

“Melaka Tengah mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 50 orang daripada 13 keluarga. Mereka ditempatkan di PPS Japerun Pantai Kundor dibuka pada jam 10.04 malam Selasa.

"Di Alor Gajah, seramai 10 mangsa daripada empat keluarga ditempatkan di PPS Balairaya Gadek yang dibuka pada jam 1.34 pagi,” katanya.

Rais meninjau situasi kawasan dinaiki air di bawah DUN Sungai Udang. Foto: FB Rais Yasin.
Rais meninjau situasi kawasan dinaiki air di bawah DUN Sungai Udang. Foto: FB Rais Yasin.

Sementara di Jasin, merekodkan 17 mangsa daripada tiga keluarga namun tiada pembukaan rasmi PPS.

Ujar kenyataan itu, keadaan banjir mulai surut namun pemantauan berterusan masih dilakukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama agensi berkaitan.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!