Harga RON95 dan RON97 kekal, diesel turun 3 sen

Harga berkuat kuasa untuk tempoh 25 April sehingga 1 Mei depan. - Foto hiasan
Harga berkuat kuasa untuk tempoh 25 April sehingga 1 Mei depan. - Foto hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Harga runcit petrol bagi RON95 dan RON97 terus kekal manakala diesel turun tiga sen berkuat kuasa 25 April sehingga 1 Mei depan.

Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, harga runcit bagi RON95 dan RON97 ialah RM1.25 seliter dan RM1.55 seliter bagi tempoh berkenaan manakala harga runcit diesel adalah RM1.40 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Artikel Berkaitan: