'Kami terima dengan penuh rendah hati keputusan rakyat Melaka' - DAP

Foto Facebook Khoo Poay Tiong
Foto Facebook Khoo Poay Tiong
A
A
A

HANG TUAH JAYA - DAP Melaka memberi jaminan akan memainkan peranan semak dan imbang yang baik bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) penggal ini.

Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, kedudukan Pakatan Harapan (PH) yang masih sebahagian daripada kerajaan Persekutuan akan dimanfaatkan untuk kepentingan rakyat.

"Kami akan terus berkhidmat kepada rakyat, menyuarakan suara mereka serta memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat.

"Kami komited untuk melaksanakan amanah yang telah diberikan oleh para pengundi dengan penuh tanggungjawab dan tidak akan mensia-siakan kepercayaan tersebut," katanya dalam kenyataan di Facebook pada Sabtu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini, DAP berjaya mempertahankan kesemua empat kerusi DUN yang ditandinginya iaitu Kota Laksamana, Kesidang, Ayer Keroh dan Bandar Hilir.

Bagaimanapun, rakan komponennya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah), gagal memenangi sebarang kerusi.

Poay Tiong yang juga Ahli Parlimen Kota Melaka berkata, PH akan melakukan bedah siasat secara mendalam dan terbuka bagi mengenal pasti kelemahan susulan keputusan pilihan raya berkenaan.

Katanya, meskipun DAP berjaya mempertahankan keempat-empat kerusi DUN, keputusan keseluruhan PH tidak mencapai sasaran yang diharapkan.

"Kami menghormati dan menerima dengan penuh rendah hati keputusan rakyat Melaka. Keputusan yang telah dibuat merupakan satu mesej yang jelas daripada pengundi kepada kami.

Artikel Berkaitan:

"PH merupakan satu pasukan dan kami akan memikul tanggungjawab bersama atas keputusan pilihan raya ini," katanya lagi.

Poay Tiong mengakui keputusan PRN kali ini membawa tanggungjawab dan cabaran lebih besar kepada PH untuk melakukan penambahbaikan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!