PRN Melaka: 15 calon Bersama hilang wang deposit, hanya Bemban terselamat

Bersama bertanding 16 kerusi, hanya satu kerusi (Bemban) sahaja terselamat.
Bersama bertanding 16 kerusi, hanya satu kerusi (Bemban) sahaja terselamat.
A
A
A

SHAH ALAM – Hanya seorang daripada 16 calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berjaya mengekalkan wang deposit, manakala 15 lagi kehilangan deposit selepas gagal memperoleh jumlah undi yang ditetapkan.

Calon Bersama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban, Dr Muhammad Solehin Saleh, memperoleh 4,140 undi sekali gus menjadi satu-satunya calon parti itu yang berjaya mengekalkan wang deposit.

Antara calon yang memperoleh jumlah undi terendah ialah Laveen Bala di DUN Gadek dengan 287 undi, diikuti Prasanth Kumar Brakasam di DUN Machap Jaya yang meraih 281 undi.

Di DUN Kuala Linggi, Dr Farhana Hamzah memperoleh 439 undi, manakala calon DUN Rembia, Aman Akil meraih 758 undi.

Calon Bersama di DUN Sungai Udang, Ridzuan Rahman memperoleh 1,322 undi, manakala Abdul Rashid Abu Bakar di DUN Paya Rumput meraih 1,288 undi.

Di DUN Kelebang, Young Jie Yu mendapat 749 undi, sementara Goh Han Koon di DUN Pengkalan Batu memperoleh 618 undi.

Di DUN Ayer Keroh, Muhaimin Lau meraih 1,932 undi, manakala Dr Aliza Che Amran di DUN Bukit Katil memperoleh 1,119 undi.

Sementara itu, Dr Bryan Kek yang bertanding di DUN Kesidang meraih 2,003 undi, diikuti Ethan Lim Zhi Hao di DUN Kota Laksamana dengan 1,582 undi.

Calon Bersama di DUN Bandar Hilir, Dr Rashidi Jalil memperoleh 1,315 undi, manakala Hazwan Mustafa di DUN Telok Mas mendapat 918 undi.

Di DUN Serkam pula, Muhamad Saffie Md Yasan hanya memperoleh 425 undi.

Keputusan itu menyaksikan Bersama gagal memenangi sebarang kerusi pada PRN Melaka, selain hampir keseluruhan calonnya kehilangan wang deposit.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!