[KIRAAN SEMASA] PRN Melaka: Calon PN dari Pas dijangka menang kerusi di DUN Paya Rumput

Calon Perikatan Nasional (PN), Rafie Ahmad (tiga dari kanan) daripada Pas mendahului saingan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput.
Calon Perikatan Nasional (PN), Rafie Ahmad (tiga dari kanan) daripada Pas mendahului saingan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput.
A
A
A

SHAH ALAM – Calon Perikatan Nasional (PN), Rafie Ahmad daripada Pas mendahului saingan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput apabila memperoleh 16,483 undi berdasarkan keputusan kiraan semasa tidak rasmi setakat ini.

Beliau jauh meninggalkan calon Pakatan Harapan (PH) yang meraih 10,452 undi.

Keputusan itu menyaksikan PN mendahului dengan majoriti sebanyak 6,031 undi seterusnya dijangka menang kerusi yang dipertandingkan.

Ia bakal menjadi pencapaian penting buat Pas di DUN Paya Rumput selepas parti berkenaan gagal memenangi kerusi itu pada PRN Melaka sebelum ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!