[KIRAAN SEMASA] PRN Melaka: Bekas Ketua Menteri tewas di Bukit Katil

Calon PH bagi DUN Bukit Katil, Adly (depan, kiri) tewas kepada calon PN, Muhammad Ridzuan. Foto: Bernama
Calon PH bagi DUN Bukit Katil, Adly (depan, kiri) tewas kepada calon PN, Muhammad Ridzuan. Foto: Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Ridzuan Mohd Sarif mendahului saingan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil apabila menewaskan penyandangnya, Adly Zahari yang juga bekas Ketua Menteri Melaka.

Berdasarkan kiraan semasa tidak rasmi setakat jam 8.30 malam Sabtu, Muhammad Ridzuan memperoleh 9,988 undi berbanding Adly yang meraih 5,363 undi.

Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama), Aliza Che Amran pula memperoleh 702 undi, manakala calon Bebas, Abu Bakar Sabudin mendapat 95 undi.

Muhammad Ridzuan mendahului Adly dengan majoriti sementara sebanyak 4,625 undi.

Keputusan itu menyaksikan Adly gagal mempertahankan kerusi berkenaan yang sebelum ini satu-satunya kerusi dimenangi Parti Amanah Negara (Amanah).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!