[VIDEO] PRN Melaka: Kehadiran pengundi Duyong menggalakkan, hujan petang jadi kebimbangan

A
A
A

KOTA MELAKA – Sambutan menggalakkan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong pada awal proses pengundian menyaksikan ramai hadir menunaikan tanggungjawab, sekali gus memberi gambaran positif terhadap pola kehadiran.

Mohd Noor Helmy (dua dari kanan) bergambar bersama pengundi kawasannya di SK Seri Duyong, Kota Melaka pada Sabtu.
Mohd Noor Helmy (dua dari kanan) bergambar bersama pengundi kawasannya di SK Seri Duyong, Kota Melaka pada Sabtu.

Calon Barisan Nasional (BN) DUN Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, berdasarkan maklumat dan gambar yang diterima, kehadiran pengundi seawal jam 7 pagi agak menggalakkan, khususnya dalam kalangan mereka yang berusia 40 tahun ke atas.

Menurutnya, pengundi tertua setakat ini yang sudah hadir menunaikan tanggungjawab di saluran satu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Duyong berusia 70 tahun.

Mohd Noor Helmy bersama isterinya, Datin Noor Hidayah Nazari turut menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di SK Seri Duyong.
Mohd Noor Helmy bersama isterinya, Datin Noor Hidayah Nazari turut menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di SK Seri Duyong.

Beliau berkata, perkembangan itu menunjukkan ramai pengundi mengambil peluang untuk menunaikan tanggungjawab lebih awal dan berharap orang ramai tidak menangguhkan kehadiran sehingga lewat petang.

Ia memandangkan ramalan cuaca menjangkakan hujan pada sebelah petang yang dikhuatiri sedikit sebanyak menjejaskan kehadiran pengundi.

Artikel Berkaitan:

 

ARTIKEL BERKAITAN: PRN Melaka: 240 pusat mengundi dibuka serentak jam 8 pagi

 

 

PRN Melaka: Warga emas tidak lena tidur teruja mahu raikan pesta demokrasi

 

 

PRN Melaka: Selesai mengundi, Ab Rauf ingatkan pengundi jangan tunggu petang

 

 

PRN Melaka: Selepas 14 tahun, empat beranak asal Kelantan pertama kali undi di Melaka

 

 

PRN Melaka: Diserang strok ketika memandu, Syamsinar tetap gigih mengundi

 

 

PRN Melaka: Bergegas mengundi, apron berniaga pun tak sempat ditanggalkan

 

“Jadi, sementara masih awal, boleh datang mengundi. Kita tengok beberapa saluran agak lengang, mungkin disebabkan pada jam pertama tadi sudah ramai yang hadir, kemudian pada jam kedua kehadiran mula perlahan.

“Kita akan tengok dari semasa ke semasa bagaimana pola orang keluar mengundi,” katanya.

Terdahulu, Mohd Noor Helmy bersama isterinya, Datin Noor Hidayah Nazari turut menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di SK Seri Duyong.

Selepas mengundi, beliau berkata, akan meninjau beberapa pusat mengundi lain bagi memantau perkembangan kehadiran pengundi dari semasa ke semasa.

Beliau turut merancang untuk melihat perkembangan kiraan undi pos kira-kira jam 3 petang.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!