Kapal tangki, kapal persiaran bawa 129 penumpang berlanggar

NEW YORK - Sebuah kapal tangki berlanggar dengan kapal persiaran sungai yang sedang berlabuh di Sungai Mississippi berhampiran Pelabuhan New Orleans, Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, lapor Xinhua.
Menurut pegawai, perlanggaran yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari waktu tempatan itu menyebabkan kapal persiaran berkenaan terbalik, sekali gus mencetuskan operasi menyelamat secara besar-besaran.
Kira-kira 129 penumpang berada di atas kapal itu ketika kejadian.
Datuk Bandar New Orleans, Helena Moreno pada sidang media berkata seramai 32 penumpang dibawa ke hospital untuk menerima rawatan dan tiada seorang pun berada dalam keadaan kritikal.
Moreno berkata, tiada penumpang dilaporkan hilang selepas perlanggaran itu.
Menurut Moreno, kapal tangki yang dikenal pasti sebagai Atlantic Asphalt itu hilang kawalan sebelum merempuh kapal persiaran yang digerakkan oleh roda kayuh berkenaan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
