Genting Malaysia sumbang PPE

GENM bekerjasama dengan Penjara Bentong untuk memotong dan menjahit PPE bagi barisan hadapan perubatan.
GENM bekerjasama dengan Penjara Bentong untuk memotong dan menjahit PPE bagi barisan hadapan perubatan.
A
A
A

BENTONG - Genting Malaysia Berhad (GENM) menyumbangkan peralatan perlindungan diri (PPE) kepada barisan hadapan perubatan di daerah Bentong dan Temerloh dalam usaha membantu negara menangani Covid-19.

Set PPE tersebut meliputi gaun, penutup kepala dan kaki diserahkan kepada hospital dan klinik kerajaan di negeri Pahang yang mengalami kekurangan PPE akibat permintaan yang sangat tinggi.

Menurut satu kenyataan, GENM telah membeli fabrik bersesuaian dan bekerjasama dengan Penjara Bentong untuk memotong dan menjahit PPE bagi barisan hadapan perubatan.

"Penjara Bentong turut menyelia pengagihan potongan kain PPE untuk dijahit oleh persatuan tempatan yang lain," katanya di sini semalam.

Persatuan yang turut terlibat ialah Pandu Puteri Bentong, Kolej Komuniti Bentong, Jabatan Kebajikan Masyarakat (Kemas) Bentong dan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Bentong.

GENM bekerjasama dengan Penjara Bentong untuk memotong dan menjahit PPE bagi barisan hadapan perubatan.
GENM bekerjasama dengan Penjara Bentong untuk memotong dan menjahit PPE bagi barisan hadapan perubatan.

Sebanyak 3,500 set PPE telah diserahkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Bentong yang kemudiannya diagihkan kepada Hospital Bentong, klinik-klinik kerajaan di daerah Bentong, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh and pusat kuarantin di Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bukit Tinggi dan Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.

Dalam pada itu, Pegawai Daerah Bentong, Datuk Mohd Zulkifli Hashim berkata, sumbangan tersebut amat bermakna kepada petugas barisan hadapan.

Artikel Berkaitan:

“Sumbangan prihatin Genting Malaysia Berhad ini pasti akan banyak membantu barisan hadapan perubatan yang tanpa penat lelah memerangi wabak Covid-19 ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan PPE bagi pihak GENM kepada Pegawai Kesihatan Daerah Bentong, Dr Cassidy Anak Devarajooh, disaksikan oleh Pengarah Penjara Bentong, Datuk Muhammad Zuki Muhammad Zain baru-baru ini.

Sebagai penghargaan atas bantuan daripada banduan Penjara Bentong menjahit PPE, GENM turut menyumbangkan hamper berupa makanan kering kepada mereka.

Mohd Zulkifli turut merakamkan penghargaan kepada GENM kerana menyediakan makanan harian kepada anggota polis yang bertugas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama dan kedua di Bentong.