Jika menang calon BN lompat PH?

Ramli bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib meninjau kawasan pengundi.
Ramli bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib meninjau kawasan pengundi.
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Calon BN, Ramli Mohd Nor menjawab dakwaan beliau bakal ditarik ke PH selepas menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Ringkas dan padat, beliau hanya berkata, "Jawapan saya mudah, BN di hatiku," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Masjid Kampung Raja, sebentar tadi.

No Image Caption

Hari ini, Malaysiakini melaporkan PH masih mampu merampas Cameron Highlands sekiranya berjaya menarik Ramli menyertai PH selepas kemenangannya nanti.

Memetik kenyataan sumber, Ramli turut diramalkan keluar parti dan menjadi bebas.

“Dalam politik semuanya boleh, buat masa ini, sudah pun ada satu parti dari PH memulakan langkah-langkah untuk menarik Ramli ke PH sekiranya beliau menang di Cameron nanti," katanya.

Artikel Berkaitan: