Hudson Odoi yakin gandingan mantap dengan Sancho

Hudson-Odoi (kanan) dan Sancho ketika beraksi bersama skuad kebangsaan England. - Foto : gettyimages
Hudson-Odoi (kanan) dan Sancho ketika beraksi bersama skuad kebangsaan England. - Foto : gettyimages
A
A
A

Pemain Chelsea, Callum Hudson-Odoi yakin dapat membentuk gandingan mantap bersama rakan sepasukannya dalam skuad kebangsaan England, Jadon Sacnho yang diberitakan bakal ke Stambford Bridge.

Pemain sayap skuad The Blues itu mengakui memiliki hubungan rapat dengan pemain Borussia Dortmund itu dan gembira sekiranya Sancho dapat menyertai Chelsea pada musim panas ini.

“Kami akan pastikan kami berdua dapat memberikan yang terbaik, lagipun dia (Sancho) adalah pemain yang hebat dan saya gembira beraksi bersamanya.

“Kadangkala saya juga pernah beraksi ‘menentangnya’ ketika saingan belia dahulu, namun kami gembira jika dapat beraksi bersama-sama.

“Hanya kami yang tahu corak permainan kami setiap masa dan kami gembira untuk kembali beraksi bersama. Saya tak tahu (jika dia datang), namun sudah tentu saya suka kedatangannya ke Chelsea,” katanya.

Untuk rekod, selain Chelsea, Manchester United dan Real Madrid adalah antara pasukan yang dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 20 tahun itu yang telah merekodkan 17 jaringan dalam saingan Bundesliga bagi musim 2019/2020.

Sementara itu Hudson-Odoi berkata, kehadiran Sancho di Stamford Bridge kelak pasti akan memberikan impak kerana baginya rakan karibnya itu seorang pemain yang hebat.

“Kami memang rapat, kami bercakap setiap hari dan sering berjumpa satu sama lain.

Artikel Berkaitan:

“Ini menjanjikan gandingan kami juga pasti akan menjadi hebat, jika dia (Sancho) datang ke sini,” katanya.