Seorang maut, tiga cedera dalam insiden tembakan di universiti AS

Kenderaan polis kampus diletakkan di perkarangan kampus Universiti Negeri Winston-Salem di Carolina Utara. Foto AP
Kenderaan polis kampus diletakkan di perkarangan kampus Universiti Negeri Winston-Salem di Carolina Utara. Foto AP
A
A
A

NEW YORK - Seorang individu maut manakala tiga lagi cedera dalam dua kejadian tembakan berasingan di kampus Universiti Negeri Winston-Salem di Carolina Utara, Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu malam, kata polis menurut laporan Xinhua.

Dalam satu sidang media pada Ahad, Penolong Ketua Polis Jabatan Polis Winston-Salem, Jason Swaim berkata, masih belum dapat dipastikan sama ada kedua-dua kejadian tembakan itu mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Kampus berkenaan diletakkan di bawah sekatan pergerakan sejurus selepas insiden terbabit berlaku sebelum sekatan ditarik balik pada awal pagi Ahad.

Polis memaklumkan kawalan keselamatan akan dipertingkatkan dengan penempatan anggota tambahan di dalam dan sekitar kawasan kampus dalam beberapa hari akan datang.

Setakat Ahad, tiada tangkapan diumumkan. Swaim berkata, siasatan masih berada di peringkat awal.

Insiden tembakan itu berlaku sewaktu universiti berkenaan sedang meraikan hujung minggu sambutan kepulangan alumni. - Bernama-Xinhua

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!