X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 20 Oktober 2021

PKP dilanjutkan sehingga 12 Mei

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada perutusan khas yang disiarkan secara langsung menerusi stesen-stesen televisyen tempatan dan media sosial di Bangunan Perdana Putra hari ini. -Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan buat kali ketiga untuk dua minggu lagi sehingga 12 Mei 2020.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, berdasarkan data-data yang dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan, usaha-usaha untuk membendung wabak Covid-19 masih perlu diteruskan.

Menurutnya, walaupun angka-angka menunjukkan perkembangan yang positif, langkah-langkah yang kita ambil hendaklah diteruskan sampai ke satu masa di mana kita yakin wabak COVID 19 dapat dibendung sepenuhnya.

“Saya tidak menolak kemungkinan bahawa PKP akan dilanjutkan lagi selepas ini. Ini bermakna, saudara-saudari mungkin tidak boleh menyambut hari raya di kampung. Saudara-saudari masih tidak boleh bekerja, kecuali bagi mereka yang bekerja dalam sektor yang dibenarkan. Perniagaan juga masih belum boleh dibuka sepenuhnya.

“Walau bagaimanapun, jika kes-kes Covid-19 terus mencatatkan penurunan yang ketara, kerajaan berkemungkinan akan melonggarkan kawalan pergerakan secara bertahap dalam beberapa sektor termasuk sektor sosial,” katanya dalam perutusan khas sempena Ramada sebentar tadi.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!