150 etnik Rohingya dibantu

Andansura (kiri) menyampaikan sumbangan kepada etnik Rohingya yang menyewa di Sungai Ular.
Andansura (kiri) menyampaikan sumbangan kepada etnik Rohingya yang menyewa di Sungai Ular.
A
A
A
KUANTAN - Seramai 150 etnik Rohingya yang menyewa di sekitar perkampungan Sungai Ular, Beserah di sini menerima sumbangan Prihatin Covid-19 daripada kerajaan Pahang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Andansura Rabu berkata, sumbangan barangan keperluan asas berkenaan diberikan kepada 43 keluarga etnik Rohingya di situ yang terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Alhamdulillah berpeluang sampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada masyarakat Rohingya sekitar Kampung Sungai Ular.

"Kebetulan esok kita akan menyambut bulan Ramadan dan kita akan cuba membantu mereka dalam keadaan serba kekurangan ini.

"Sekurang kurangnya dengan bantuan ini mampu memberi sedikit kelegaan dan keringanan kepada mereka berhadapan bulan Ramadan," katanya ketika ditemui media ketika menyampaikan sumbangan itu di sini pagi tadi.

Andansura berkata, bermula PKP fasa pertama, pihaknya telah mengumpulkan senarai bancian daripada Jawatankuasa Kemakmuran dan Keselamatan Kampung (JKKK) termasuk taman perumahan dan kampung tradisi.

Berdasarkan bancian tersebut katanya, sejumlah 3,000 keluarga perlu dibantu dan setakat lebih 80 peratus daripada mereka telah menerima sumbangan.

"Dalam lingkungan 300 ke 600 keluarga lagi yang akan diberikan sumbangan dalam masa terdekat. Kita sedang berusaha mendapatkan bekalan untuk penuhi kesemua yang memerlukan.

"Kita dah keluarkan hampir 2, 500 barangan keperluan harian kepada seluruh kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Beserah," katanya.
Artikel Berkaitan: