PRN Melaka: Mohamad Jaafar calon paling 'otai'

Mohamad
Mohamad
A
A
A

SHAH ALAM - Kapten (B) Mohamad Jaafar (Telok Mas) yang mewakili Pakatan Harapan (PH) muncul calon paling tua atau 'otai' pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Mohamad yang berusia 66 tahun daripada Parti Amanah Negara (Amanah) bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas dalam pertembungan tiga penjuru.

Beliau akan bersaing dengan penyandang, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dari Barisan Nasional (BN) dan Muhammad Hazwan Mustafa dari Parti Bersama Malaysia (Bersama).

ARTIKEL BERKAITAN: PRN Melaka: Proses penamaan calon bermula hari ini

PRN Melaka: Calon PH disambut tarian singa, PN gegar dengan laungan takbir

PRN Melaka: Penyokong PN, PH bersahutan dengan laungan takbir dan ‘hidup rakyat’

PRN Melaka: Ab Rauf diiringi Ahmad Zahid ke pusat penamaan calon DUN Tanjung Bidara

PRN Melaka: Nie Ching iringi calon PH DUN Bandar Hilir

PRN Melaka: Tiga calon rebut kerusi Paya Rumput

Artikel Berkaitan:

Mengikut data dikongsikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah keseluruhan calon berusia 60 tahun ke atas yang mengambil bahagian dalam PRN kali ini ialah seramai lapan orang, 50-59 (22) dan 40-49 (33).

Pada PRN Melaka lalu, Abdul Razak memenangi kerusi DUN Telok Mas selepas menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen dalam saingan empat penjuru dengan memperoleh 6,052 undi.

Secara keseluruhan 79 calon sah mengambil bahagian dalam pilihan raya kali ini bagi merebut 28 kerusi DUN yang dipertandingkan.

SPR menetapkan hari pengundian awal pada 10 November, manakala hari pengundian berlangsung pada 14 November ini.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!