'Alhamdulillah, akak selamat nikah online tadi'

Sis Iynnn berkongsi pengalaman indahnya bergelar isteri selepas dinikahkan melalui sidang video di laman Twitternya.
Sis Iynnn berkongsi pengalaman indahnya bergelar isteri selepas dinikahkan melalui sidang video di laman Twitternya.
A
A
A

SELANGOR - Pernikahan dalam talian melalui sidang video agak popular dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Hari ini, seorang pengantin perempuan turut berkongsi pengalaman indahnya bergelar isteri melalui perkahwinan dalam talian pada jam 12 tengah hari tadi menerusi ciapan di Twitter.

Dia meluahkan rasa gembira kerana semuanya berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah, akak selamat nikah secara atas talian jam 12 tengah hari tadi.

"Terima kasih Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana memudahkan urusan kami,” tulis pengantin dengan nama Twitter Sis Iynn.

Ciapan berkenaan mendapat 14,400 ulang kicau dan 30,400 tanda suka.

Warganet pula rata-ratanya mengucapkan tahniah kepada Sis Iynn atas pernikahan tersebut.

“Tahniah awak. Semoga ALLAH kurniakan syurga buat keduanya dan dipermudahkan perjalanan sebagai pasangan hidup,” komen pengguna Twitter bernama Syaf.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut bertanyakan prosedur untuk bernikah secara dalam talian kepada Sis Iynn.

Sis lynn kemudian memberitahu mereka untuk memuat naik video tentang proses nikah secara talian jika berkelapangan kelak.

“Jangan risau, pernikahan ini sah dan sudah disahkan oleh JAIS,” jawabnya kepada warganet.

Tahniah diucapkan kepada pengantin baharu ini, semoga bahagia hingga ke anak cucu.