[VIDEO] Netizen tak sabar tunggu 30 resipi Ramadan Khairul Aming

Hantaran Khairul Aming di Instagram miliknya hari ini buat netizen teruja.
Hantaran Khairul Aming di Instagram miliknya hari ini buat netizen teruja.
A
A
A

PERSONALITI media sosial, Khairul Aming, yang terkenal dengan resipi masakan di Instagram sebentar tadi mengumumkan akan kembali dengan 30 resipi sepanjang Ramadan ini.

Pemuda berusia 27 tahun itu membuat hantaran video mengenai perkara tersebut sambil berjual beli pantun.

“Jangan risau adik tidak ada bazar Ramadan, 30 hari 30 resipi abang sajikan.

“Beritahu jiran-jiran, kawan-kawan, beritahu pada kucing. Marilah memasak bulan puasa ni,” tulisnya lagi pada hantaran berkenaan.

Tahun ini merupakan tahun ketiga Khairul Aming aktif memberikan idea dan resipi kepada pengikutnya di media sosial untuk menu juadah berbuka puasa.

Hantaran yang dimuat naik itu kini mendapat lebih 600,000 tontotan dengan pelbagai respons positif tidak sabar menantikan kemunculan video Khairul Aming di bulan Ramadan ini.

“Eee tak sabar,” komen pengguna Instagram syamilaazmin.

"Yang ni ke yang selalu buat saya terliur jam 5 petang tu...," tulis aidilgelewak pula.

Artikel Berkaitan:

Kata fatenhana pula "yeay tak sabar. Tapi tolong tahun ni bunyi air tu jangan melampau sangat eh buat orang terliur."

Hantaran itu turut menarik perhatian pelakon terkenal Nad Zainal yang sempat meninggalkann komen “Yahooo".