UKM dalam Kedudukan 101-200 universiti terbaik dunia

No Image Caption
A
A
A

BANGI - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah tersenarai dalam ranking 101 hingga 200 di seluruh dunia oleh Times Higher Education (THE) University Global Impact Rankings.

Dalam satu kenyataan, UKM merupakan sebuah universiti yang memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, telah berdiri seiringan dengan universiti lain di peringkat dunia.

"Walaupun ini merupakan kali pertama UKM menyertai THE University Global Impact Rankings, UKM telah menunjukkan prestasi yang baik dalam kedudukan keseluruhan apabila tersenarai dalam ranking 101-200 di seluruh dunia," katanya di sini hari ini.

Daripada 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) yang diketengahkan dalam THE University Global Impact Rankings, UKM telah mengambil bahagian dalam lima ketegori.

Kategori tersebut ialah Kesejahteraan dan Kesihatan yang baik (SDG 3), Pendidikan Berkualiti (SDG 4), Pekerjaan yang memuaskan dan Pertumbuhan Ekonomi (SDG 8), Kedamaian, Keadilan dan Institusi yang Mantap (SDG 16) dan Perkongsian untuk mencapai matlamat (SDG 17).

Di antara 5 SDG tersebut, UKM berada di kedudukan 100 teratas di dunia untuk tiga kategori SDG iaitu SDG 3, SDG 4, dan SDG 17.

Untuk SDG 4, UKM berada di kedudukan ke-46 di dunia sementara SDG 3 dan 17, universiti itu berada di kedudukan ke-85 dan ke-92.

"Ini mencerminkan sumbangan universiti terhadap inisiatif pembelajaran sepanjang hayat, penyelidikan berkaitan pedagogi dan komitmen terhadap pendidikan inklusif," katanya.

Artikel Berkaitan:

Lebih daripada 800 institusi dari 80 negara dan enam benua telah mengambil bahagian dalam ranking untuk edisi tahun ini.