Sindiket judi dalam talian warga China masuk jerat polis

Polis menahan 25 warga China dalam operasi judi dalam talian di sebuah banglo di Ampang, Selangor hari ini.
Polis menahan 25 warga China dalam operasi judi dalam talian di sebuah banglo di Ampang, Selangor hari ini.
A
A
A

AMPANG - Polis menyerbu sebuah banglo di Ukayheights, di sini hari ini selepas dipercayai menjalankan aktiviti promosi perjudian dan menganjurkan permainan judi serta pertaruhan dalam talian.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, operasi kira-kira jam 11.10 pagi itu berjaya menangkap 25 warga China termasuk lima wanita berusia lingkungan 18 hingga 45 tahun.

Menurutnya, polis merampas satu set komputer, komputer riba (19 unit), telefon bimbit (74 unit), rowter (dua) dan tiga unit modem.

"Siasatan mendapati suspek terlibat menjalankan aktiviti pertaruhan dan promosi judi online di negara China menggunakan aplikasi WeChat.

Polis menahan 25 warga China dalam operasi judi dalam talian di sebuah banglo di Ampang, Selangor hari ini.
Polis menahan 25 warga China dalam operasi judi dalam talian di sebuah banglo di Ampang, Selangor hari ini.

"Sindiket ini akan memberikan QR Code untuk memperdaya 'target' mereka di China bahawa permainan ini mudah dimainkan dan peluang untuk menang adalah tinggi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis percaya sindiket ini telah beroperasi hampir tiga bulan dan kutipan yang diperoleh mampu mencecah RM135,000 setiap hari.

Katanya, kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Akta Imigresen 1959/63," katanya.