Kajian definisi, pengelasan T15 masih dijalankan Kementerian Ekonomi - Chin Tong

Chin Tong
Chin Tong
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kajian untuk konsep dan pengelasan T15 sedang dijalankan oleh Kementerian Ekonomi.

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, inisiatif itu dibuat bagi mencari definisi dan mekanisme untuk kumpulan berkenaan.

“Kajian untuk T15 atau klasifikasi dijalankan oleh Kementerian Ekonomi,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) mengenai dapatan terakhir berhubung kajian T15.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 dua tahun lalu menyatakan beberapa subsidi akan dikurangkan bagi golongan T15.

Bagaimanapun timbul reaksi oleh ramai pihak mengenai pengkelasan golongan T15 berkenaan.

Sebelum ini, pengelasan hanya berdasarkan pendapatan kasar iaitu B40, M40 dan T20.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!