Lelaki maut kereta dipandu langgar belakang lori

Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya dipercayai melanggar belakang sebuah lori tiga tan dalam kemalangan di Tali Air 10, Pasir Panjang.
Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya dipercayai melanggar belakang sebuah lori tiga tan dalam kemalangan di Tali Air 10, Pasir Panjang.
A
A
A

KUALA SELANGOR – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya dipercayai melanggar belakang sebuah lori tiga tan dalam kemalangan di Tali Air 10, Pasir Panjang, di sini pada Ahad.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 23 tahun tersepit di bahagian pemandu kereta jenis Honda City sebelum berjaya dikeluarkan anggota bomba.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.31 pagi.

Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda City yang melanggar belakang sebuah lori tiga tan.
Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda City yang melanggar belakang sebuah lori tiga tan.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan tiba di lokasi tujuh minit kemudian.

"Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda City yang melanggar belakang sebuah lori tiga tan.

"Seorang lelaki berusia 23 tahun yang tersepit di bahagian pemandu kereta berjaya dikeluarkan anggota bomba pada jam 1.54 pagi," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, pemandu dan kelindan lori masing-masing berusia 30 dan 32 tahun mengalami kecederaan ringan.

"Kedua-dua mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak KKM untuk rawatan lanjut.

"Operasi ini melibatkan enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS)," katanya.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!