Majlis untuk ayah sempena Ramadan

Majlis Ayah yang akan berlangsung sepanjang Ramadan bermula jam 6 petang hingga 7 petang setiap hari.
Majlis Ayah yang akan berlangsung sepanjang Ramadan bermula jam 6 petang hingga 7 petang setiap hari.
A
A
A

SHAH ALAM - Bersempena ketibaan Ramadan, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) mengumumkan penganjuran sebuah program keagamaan iaitu Majlis Ayah Pemimpin Masuk Syurga Sekeluarga, My Family@QuranHour #savingfamilies sepanjang bulan Ramadan nanti.

Majlis berkenaan dianjurkan oleh Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama WUIF, Sinar Harian, Karangkraf, TV AlHijrah, Ideaktiv dan Rumah Ngaji.

Orang ramai boleh menonton program keagamaan berkenaan menerusi Facebook Live Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, dalam Facebook Sinar Harian Online dan TV Alhijrah bermula 1 Ramadan hingga 29 Ramadan 1441H, dari jam 6 hingga 7 petang setiap hari.

Program tersebut akan membawakan sesi berinteraksi dengan al-Quran: Baca, Faham dan Amal khusus buat golongan lelaki terutamanya para ayah.

Antara pengisian menarik Majlis Ayah ini ialah:

1. Sesi 1 Ramadan akan dimulakan dengan membina perancangan bersama para ayah.

2. Baca dan tadabbur ayat-ayat al-Quran bersama Qari pilihan dan pentadabbur.

3. Dengarkan pesan ayah, pesan pakar dan pesan ulama buat para ayah.

Artikel Berkaitan:

4. Panduan serta solusi daripada al-Quran untuk pelbagai cabaran yang dihadapi. Terdapat 14 komunikasi antara ayah dan anak dalam al-Quran daripada 17 komunikasi ibu bapa dan anak. Hayati mesejnya buat para ayah.

5. Call to action buat para ayah dan doa bersama.

Menerusi program Majlis Ayah Pemimpin Masuk Syurga Sekeluarga, diharapkan Malaysia akan terbina dengan para ayah yang mempunyai mindset al-Quran, memimpin keluarga, isteri dan anak-anak ‘Masuk Syurga Sekeluarga’.

Shah Alam - Pengisian rohani dengan membaca al-Quran ketika berdepan tekanan membantu menguatkan lagi moral dan emosi petugas barisan hadapan beragama Islam dalam memerangi wabak koronavirus (Covid-19).

Semalam, dua lagi hospital menerima wakaf al-Quran iaitu pihak Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri yang masing-masing menerima sebanyak 200 naskhah al-Quran.

Sumbangan wakaf al-Quran disampaikan Hashim (kanan) kepada Dr Hanafiah (tengah) di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM semalam.
Sumbangan wakaf al-Quran disampaikan Hashim (kanan) kepada Dr Hanafiah (tengah) di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM semalam.

Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM, Profesor Datuk Dr Hanafiah Harunarashid berkata, selain petugas, al-Quran terbabit akan digunakan pesakit atau mereka yang dimasukkan ke fasiliti perubatan berkenaan.

“Saya berterima kasih kepada semua pewakaf yang menyumbang al-Quran melalui WUIF,” katanya.

Beliau ditemui selepas menerima sumbangan disampaikan Sekretariat Projek Wakaf Al-Quran merangkap Pengurus Kanan Tugas-tugas Khas Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Hashim Anang di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM semalam.

Sementara itu, pada majlis berasingan, Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Ampang Puteri, Muhammad Badri Hussin turut menerima sebanyak 200 naskhah al-Quran disampaikan Pengurus Besar Book2U Stores Sdn Bhd, RJ Shahfaizal Khairuddin di hospital itu.