AKPS akan diberi akses bilik kawalan MAHB - Saifuddin Nasution
06 Oktober 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) akan diberi autoriti untuk mengakses bilik kawalan kamera litar tertutup (CCTV) Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi mempertingkatkan kawalan keselamatan di pintu masuk negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perkara itu telah dibincangkan dengan MAHB dan persetujuan terhadap mekanisme berkenaan telah dicapai, namun pelaksanaannya kini masih pada peringkat pentadbiran.
#SinarHarian #BeritaSemasa #DewanRakyat #AKPS #MAHB
