AGC tolak representasi bekas pemimpin GISBH gugur 331 kes AMLA RM38.1 juta
AGC tolak representasi bekas pemimpin GISBH gugur 331 kes AMLA RM38.1 juta
Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak permohonan representasi bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) serta tiga bekas akauntan syarikat itu untuk menggugurkan 331 pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan lebih RM38.1 juta di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Isnin.
Semasa prosiding pengurusan kes di hadapan Hakim, Datin Fatimah Zahari, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Adrin Kamarul berkata, susulan keputusan berkenaan, pihak pendakwaan memohon supaya kes itu diteruskan dengan perbicaraan terhadap semua tertuduh.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799042/berita/semasa/agc-tolak-representasi-bekas-pemimpin-gisbh-gugur-331-kes-amla-rm38-1-juta
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #GISBH
