Bekas CEO FIC didakwa perdaya nilai harga pasaran 24 tanah
Bekas CEO FIC didakwa perdaya nilai harga pasaran 24 tanah
Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Investment Corporation (FIC) Sdn Bhd mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa, atas dua pertuduhan memperdayakan Lembaga Pengarah agensi kerajaan itu, 12 tahun lalu.
Ia berhubung pelantikan sebuah syarikat bagi projek cadangan pembangunan komersial serta nilai harga pasaran bagi 24 tanah di Bandar Kuala Lumpur dan Mukim Setapak.
Mohd Zaid Abdul Jalil, 55, yang memakai kemeja berwarna putih, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Rosli Ahmad.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/798283/berita/semasa/bekas-ceo-fic-didakwa-perdaya-nilai-harga-pasaran-24-tanah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #FIC
