Pesara tentera didenda kemuka maklumat palsu ketika daftar kelahiran bayi

Tertuduh diiringi pegawai JPN keluar dari mahkamah selepas selesai sebutan dan dijatuhkan hukuman.
Tertuduh diiringi pegawai JPN keluar dari mahkamah selepas selesai sebutan dan dijatuhkan hukuman.
A
A
A

KUANTAN- Seorang pesara tentera didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah dalam Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas tuduhan mengemukakan maklumat palsu ketika mendaftar lelahiran bayi perempuannya kira-kira 19 tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Fauzi Samsir turut berdepan hukuman penjara tujuh bulan sekiranya gagal menjelaskan denda itu.

Pendakwaan dikemukakan Pegawai Pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pahang, Mohd Hazri Mohd Hairoudin di hadapan Majistret Ellyana Othman manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa hadir membuat permohonan pendaftaran kelahiran bayi perempuannya di kaunter Bahagian Kelahiran, Kematian Dan Anak Angkat JPN Negeri Pahang, 4 Disember 2007.

Semasa permohonan dibuat, tertuduh telah mengemukakan Borang Permohonan Daftar Kelahiran atas nama bayinya bersama kad pengenalan tentera miliknya dan kad pengenalan isteri atas nama Che Gayah Mohamad.

Turut dikemukakan buku rawatan ibu dan rekod kesihatan dan perkembangan kanak-kanak terbabit.

Bagaimanapun, maklumat sebenar berkenaan ibu kandung bayi berkenaan terbongkar selepas sampel darah milik bayi dan wanita terbabit (Che Gayah) diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia bagi tujuan Analisis pemprofilan DNA.

Hasil perbandingan dibuat ke atas profil DNA mendapati anak perempuan tertuduh itu bukan anak kandung kepada Che Gayah.

Hasil siasatan mendapati tertuduh sengaja mengemukakan maklumat palsu semasa mendaftarkan kelahiran bayi berkenaan sekaligus melakukan kesalahan dibawah Seksyen 36(1)(b) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299).

Artikel Berkaitan:

Jika sabit kesalahan, hukumannya denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh diminta hadir semula JPN Pahang pada 28 September lalu sebelum ditahan dan didakwa di mahkamah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!