Lelaki maki, ludah polis didenda RM5,000

Tertuduh, Ahmad Tarmizi terpaksa memilih hukuman tiga bulan penjara kerana tidak mampu menjelaskan denda RM5,000 dikenakan kepadanya selepas mengaku salah biadap terhadap anggota polis di Mahkamah Majistret di sini hari ini
Tertuduh, Ahmad Tarmizi terpaksa memilih hukuman tiga bulan penjara kerana tidak mampu menjelaskan denda RM5,000 dikenakan kepadanya selepas mengaku salah biadap terhadap anggota polis di Mahkamah Majistret di sini hari ini
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki dijatuhi hukuman denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mengeluarkan kata-kata kesat serta meludah anggota polis ketika ditahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), 18 April lalu.

Tertuduh, Ahmad Tarmizi Azman, 33, juga berdepan hukuman tiga bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda.

Keputusan dibuat selepas tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mengeluarkan kata-kata kesat dan mengaibkan polis dengan niat mendatangkan marah, di Jalan Sultan Mahmud, di sini jam 5.30 petang.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nabihah Hanin Ayim di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latiff manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Datuk Fariz Irwan Mustafa dan Mohd Hafizuddin Abd Haris.

Ketika kejadian, tertuduh yang ditahan selepas didapati ingkar PKP tidak memberi kerjasama kepada polis yang melakukan pemeriksaan ke atas tubuh badannya.

Tertuduh bertindak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis di lokasi kejadian selain meludah muka salah seorang pegawai bertugas.

Artikel Berkaitan: