Warga emas terbaring berdarah ditendang anak sendiri

Rakaman insiden itu turut tular dan meraih perhatian jiran tetangga. Foto: Agensi
Rakaman insiden itu turut tular dan meraih perhatian jiran tetangga. Foto: Agensi
A
A
A

MEDAN - Seorang lelaki berusia 63 tahun terkapar di halaman rumahnya selepas menjadi mangsa kekerasan anak kandungnya sendiri.

Mangsa, Suyanto, ditemui terbaring di halaman rumahnya di Lingkungan XIV, Kelurahan Sei Sikambing C II, Kecamatan Medan Helvetia, Kota Medan di Sumatera Utara, Indonesia sehingga mencetuskan kebimbangan penduduk setempat.

Berdasarkan maklumat diperoleh, Suyanto dipercayai dipukul anaknya, Budi Gunawan selepas kedua-duanya terlibat pertengkaran.

Ketua Lingkungan XIV, M Riski Ramon mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi pada Khamis.

“Benar, kejadian berlaku pada pagi Rabu. Saya menerima laporan daripada pihak polis yang meminta pengesahan daripada saya. Kami juga sudah memeriksa lokasi dan mendapatkan keterangan daripada keluarga,” katanya.

Ramon berkata, pertengkaran antara Suyanto dan anaknya dipercayai berpunca daripada masalah dalaman keluarga.

"Perselisihan faham yang berlaku pada hari kejadian dipercayai bertukar menjadi pertengkaran serius sebelum tercetusnya pergelutan fizikal. Pelaku mungkin hilang kawalan hingga tergamak melepaskan kemarahan sedemikian rupa. Budi dipercayai menendang bapanya sehingga terjatuh dan mengalami kecederaan," jelas Ramon lagi.

Difahamkan, Budi bertindak meninggalkan rumah selepas kejadian pergaduhan dengan bapanya. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!