Petronas sumbang 8,000 topeng muka

Wan M Hasnan
Wan M Hasnan
A
A
A
KUANTAN - Petronas menyumbangkan 8,000 topeng muka kepada persatuan media di negeri-negeri wilayah selatan, pantai timur termasuk Sabah dan Sarawak.

Pengurus Besar, Petronas Pantai Timur, Datuk Wan M Hasnan Abdullah berkata, sumbangan itu bagi membantu pengamal media dalam menjalankan tugas mereka semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Topeng muka itu mula diedarkan kepada persatuan media di setiap kawasan operasi iaitu Johor Bharu, Melaka, Seremban, Kota Kinabalu dan Labuan.

"Bagi pengamal media di pantai timur, sebanyak 2,000 topeng muka disampaikan kepada tiga persatuan media di Terengganu, Kelantan dan Pahang. Sumbangan tersebut diserahkan menerusi kiriman pos," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Wan M Hasnan berkata, inisiatif ini menunjukkan penghargaan dan sokongan kepada pengamal media dalam menyampaikan berita mengenai koronavirus (Covid-19).
Artikel Berkaitan: