Dua lelaki samun kedai runcit guna parang diberkas

 Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi. - Gambar hiasan
Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi. - Gambar hiasan
A
A
A

SEPANG - Dua lelaki diberkas dipercayai terlibat dalam kejadian samun melibatkan sebuah kedai runcit di Taman Delux, Dengkil di sini pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berhubung kejadian samun bersenjatakan parang berkenaan.

"Susulan kejadian tersebut, polis berjaya menahan dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Hussaini Helmee di talian 019-896 6292 atau Balai Polis Dengkil.

"Polis menasihatkan orang ramai supaya bertenang, tidak panik dan tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau maklumat yang belum disahkan.

"Kerjasama orang ramai amat dihargai bagi membantu pihak polis melengkapkan siasatan dan memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terus terpelihara,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!