UMNO-Pas kembali bersama? Ini jawapan pimpinan UMNOUMNO memberi bayangan jelas mengenai hala tuju kerjasama politiknya apabila menyatakan tiada jalan berpatah balik kepada Pakatan Harapan (PH), sebaliknya persefahaman dengan Pas dilihat semakin mendapat perhatian.Konsep tafaahum siyasi atau persefahaman politik ditekankan sebagai asas kerjasama tanpa menghapuskan identiti setiap parti.Menjelang pilihan raya akan datang, formula kerjasama mungkin berbeza mengikut negeri. Namun, kehadiran pimpinan Pas dalam program UMNO serta penglibatan kedua-dua parti dalam beberapa platform dilihat sebagai perkembangan positif yang berpotensi membawa kepada kerjasama lebih erat.Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.#SinarHarian #BeritaSemasa #PAU2026 #PAU #politik #UMNO #halatujukerjasama