Polis Perak akan ambil keterangan Exco hadir jamuan

Razarudin Husain
Razarudin Husain
A
A
A

IPOH - Polis Perak akan mengambil keterangan seorang Exco kerajaan negeri bersama beberapa individu selepas gambar mereka tular di media sosial menghadiri jamuan bersama seorang timbalan menteri di sebuah maahad tahfiz di Lenggong petang semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain berkata, pihaknya akan memanggil individu terlibat berdasarkan penelitian gambar yang tular esok.

"Polis Perak turut mendapatkan bantuan Bukit Aman untuk merakam percakapan timbalan menteri berkenaan kerana beliau berada di ibu negara," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati timbalan menteri itu melakukan tinjauan kesiapsiagaan kakitangan Kementerian Kesihatan di Lenggong dalam menghadapi penularan koronavirus (Covid-19) dengan diiringi Exco Perak berkenaan yang merupakan pemilik maahad tahfiz terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis terima laporan VIP langgar PKP: Ismail Sabri

Razarudin berkata, Exco itu kemudian membawa timbalan menteri berkenaan melawat maahad tahfiz berkenaan sebelum menikmati makanan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan premis tersebut.

"Ketika kejadian tiada pelajar berada di maahad tahfiz tersebut selain daripada pengurusan dan timbalan menteri berkenaan," katanya.

Katanya, berdasarkan gambar yang tular, kesemua individu yang hadir termasuk timbalan menteri duduk dalam keadaan berjarak antara satu sama lain, namun menegaskan siasatan tetap diadakan terhadap kesemua yang menghadiri jamuan itu. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada laporan diterima terhadap timbalan menteri: Polis Perak

Jika langgar PKP, menteri pun tidak terlepas: Takiyuddin

Artikel Berkaitan: