Satu lagi gunung berapi meletus serentak dengan Anak Krakatau

Gunung Semeru meletus pada 7.51 pagi waktu tempatan (00:51 GMT) Ahad. Foto tangkap layar video pengguna media sosial
Gunung Semeru meletus pada 7.51 pagi waktu tempatan (00:51 GMT) Ahad. Foto tangkap layar video pengguna media sosial
A
A
A

JAKARTA - Serentak dengan letusan besar Anak Krakatau di Indonesia, Gunung Semeru di Pulau Jawa turut meletus, memuntahkan awan yang mengandungi abu setinggi kira-kira satu kilometer dari puncaknya, menurut Badan Geologi Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral negara itu pada Ahad, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Gunung Semeru meletus pada 7.51 pagi waktu tempatan (00:51 GMT) Ahad.

Letusan itu direkodkan oleh seismograf dengan amplitud maksimum 23 milimeter dan berlangsung selama 102 saat, menurut Badan Geologi.

Terdahulu pada hari sama, Gunung Ili Lewotolok turut meletus, memuntahkan awan yang mengandungi abu setinggi kira-kira 400 meter dari puncaknya.

Letusan berterusan Anak Krakatau dikesan sejak 4 September malam, disertai bunyi deram-derum, gegaran dan pancutan lava.

Menurut data satelit, abu gunung berapi menjulang hingga kira-kira 14.6 kilometer dari paras laut.

Pada Ahad, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mengarahkan kerajaan, tentera, polis, pasukan penyelamat serta agensi berkaitan lain supaya terus memantau keadaan dan memastikan kesiapsiagaan bagi menghadapi sebarang perkembangan selanjutnya. - Bernama-Sputnik/RIA Novosti

 

 

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!