Gunung Sinabung meletus, hambur abu setinggi 3.5km

Keadaan abu yang dihamburkan Gunung Sinabung. - FOTO: AFP / Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indoensia
Keadaan abu yang dihamburkan Gunung Sinabung. - FOTO: AFP / Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indoensia
A
A
A

JAKARTA - Gunung Sinabung di wilayah Sumatera Utara, Indonesia meletus pada Isnin, menghamburkan abu gunung berapi kira-kira 3.5 kilometer (km) di atas puncak.

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) berkata letusan bermula jam 10.17 pagi waktu tempatan pada Isnin dengan kepulan abu hitam tebal dilihat bergerak ke arah timur dan tenggara.

"Penduduk dan pengunjung dinasihatkan menjauhi perkampungan yang telah dipindahkan serta tidak menjalankan aktiviti dalam lingkungan tiga kilometer dari puncak Gunung Sinabung dan 4.5km ke arah selatan serta tenggara,” menurut laporan yang disiarkan di laman sesawang rasminya.

Gunung Sinabung yang terletak di Kabupaten Karo kekal pada Tahap II (Waspada), manakala penduduk yang tinggal berhampiran sungai dinasihatkan supaya terus berwaspada terhadap kemungkinan berlakunya aliran lumpur gunung berapi. - Bernama 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!