Chelsea tak gentar Arsenal

Palmer (kiri) menyumbat satu gol ketika membantu Chelsea menewaskan Brighton 4-3 di Stamford Bridge. - Foto : AFP.
Palmer (kiri) menyumbat satu gol ketika membantu Chelsea menewaskan Brighton 4-3 di Stamford Bridge. - Foto : AFP.
A
A
A

XABI Alonso memberi amaran Chelsea tidak gentar berdepan juara bertahan, Arsenal apabila kedua-dua pasukan bertembung dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) Ahad depan.

Pengendali dari Sepanyol itu menegaskan The Blues akan tampil dengan pendekatan berbeza sambil melakukan persiapan terbaik bagi menghadapi apa sahaja cabaran di Emirates.

"Saya mahu menang dan akan melakukan apa sahaja untuk menang. Setiap perlawanan boleh berbeza, jadi kami perlu membuat persiapan terbaik," kata Alonso selepas kemenangan 4-3 ke atas Brighton di Stamford Bridge.

Menurutnya, prestasi ketika menentang Brighton tidak boleh dijadikan ukuran menjelang pertemuan dengan Arsenal kerana setiap perlawanan mempunyai konteks tersendiri.

"Kami perlu berlatih untuk menghadapi situasi terbaik dan bersedia untuk apa sahaja senario yang mungkin berlaku. Jadi, bukan bermakna prestasi ini akan berulang ketika menentang Arsenal," katanya.

Chelsea kini menikmati permulaan sempurna di bawah Alonso selepas merekodkan tiga kemenangan berturut-turut, namun jurulatih berusia 44 tahun itu mengakui masih banyak aspek perlu diperbaiki.

"Kami boleh terus memperbaiki perkara yang dilakukan dengan baik dan membetulkan perkara lain yang masih boleh dilakukan dengan lebih baik," katanya.

Alonso turut menolak dakwaan Chelsea hilang fokus selepas mendahului besar, sebaliknya menyifatkan situasi itu perkara biasa bagi pasukan yang masih membina keserasian.

"Kami masih dalam proses. Saya yakin pada masa depan kami boleh menguruskan detik seperti itu dengan lebih baik kerana dalam Liga Perdana Inggeris, kelebihan dua gol belum menjamin kemenangan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ketika menentang Brighton, Chelsea mendahului 3-0 hasil jaringan Romeo Lavia, Pedro Neto dan Joao Pedro sebelum pelawat bangkit mengejar.

Namun, gol Cole Palmer memastikan kemenangan tipis buat tuan rumah, manakala jaringan Brighton dihasilkan Malick Yalcouye, gol sendiri Pedro dan Pascal Gross.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!